Friday, June 20, 2008

Monday, June 9, 2008

Laksamana Pertama (B) Dr. Haji Sutarji Background

Laksamana Pertama (B) Dr Hj Sutarji bin Hj Kasmin telah dilahirkan di Selangor pada 5 Nov 1951. Beliau mula berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 1 Jan 1970. Semenjak ditauliahkan pada Mei 1972, beliau telah diperjawatkan di pelbagai jawatan di laut dan di pangkalan yang antaranya ialah Pegawai Memerintah Kapal-kapal Diraja Duyong (Kapal Bantuan Penyelam), LEMBING (Kapal Ronda), KD KINABALU (Kapal Penangkis Ranjau) dan MUSYTARI (Kapal Peronda Samudera) dan PASKAL (the Pasukan Komando Tentera Laut). Beliau juga pernah diperjawatkan sebagai Pengarah Operasi Markas Angkatan Tentera Malaysia dan Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau telah bersara daripada perkhidmatan pada 30 November 2005 Seterusnya beliau bertugas sebagai Felo Kanan di Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universti Kebangsaan Malaysia pada Jun 2005 hingga Mei 2007. Pada masa yang sama, beliau bertugas sebagai pensyarah sambilan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Laksamana Pertama (B) Dr Hj Sutarji telah mengikuti pelbagai kursus di dalam dan di luar negara. Antaranya ialah Naval Special Warfare di Indonesia (1976), Riverine Warfare (1977), Explosive Ordnance Disposal (1979), Senior Officer Amphibious Planning (1987), Crisis Management (1993) and Defence Resources Management (2002) in the United States. Beliau juga telah mengikuti kursus khas melawan keganasan di US Navy BUD-SEAL Training Centre (1977), the Royal Marine’s Special Boat Squadron (1984) and Special Air Services Regiment (1984).

Dari segi akademik, beliau memilikki Sarjana Satera (Pengajian Dasar dan Keselamatan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1995) dan Ijazah Doktor Falsafah (Pengukuran Kecekapan dalam bidang Pengurusan Zon Pantai) dari Universiti Putra Malaysia (2003). Di UKM beliau mengajar pelajar-pelajar Sarjana Sains Sosial dalam bidang pemikir-pemikir strategi dan keselamatan maritim. Di UPM dan UNITEN beliau mengajar pelajar-pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam bidang organisasi dalam pengurusan, pengurusan strategic dan sikap dalam organisasi.

Pada tahun 2006, beliau telah mengasaskan BIZREKA SDN BHD yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan sebagai kerjaya sampingan. Semenjak itu, beliau telah menghadiri beberapa siri kursus keusahawanan di samping dijemput untuk memberi ceramah mengenai pelbagai aspek keusahawanan yang termasuk Motivasi Sebagai Usahawan, Aplikasi Seni Peperangan Sun Tzu, Pengurusan Strategik Syarikat dan Analisis Politik dan Keselamatan Persekitaran.


Sekarang ini, beliau menjadi usahawan sepenuh masa dalam bidang Perunding Perniagaan.